Tuesday, October 27, 2009

Rumusan dan Majlis Penutup

Majlis perasmian penutupan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah disempurnakan oleh Y.B. DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 27hb Oktober 2009.

Pada sesi bengkel berkaitan kertas kerja daripada semua pembentang yang telah diadakan sebelum ini, satu jawatankuasa sementera yang terdiri daripada Pihak Akademik Universiti, Pendaftar-Pendaftar Universiti serta Pihak GAKUM telah diwujudkan bagi merumus secara terperinci beberapa perkara yang difikirkan perlu untuk dibawa kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi pertimbangan seterusnya.

(Diantaranya adalah seperti berikut tetapi keputusan yang dipaparkan bukanlah yang telah dipersetujui oleh MMG. Harap Maklum- Zainal Aris)

1. PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Pengambilan kakitangan Universiti diselaraskan disemua IPTA iaitu berkaitan:

a. Gred Jawatan
b. Kelayakan
c. Gaji permulaan
d. Pengalaman

Penyeragaman skim jawatan disetiap Universiti.

Menyeragamkan kemudanan dan kadar-kadar elaun.

’Best Practices’ di IPTA diadaptasikan

Memastikan bagi Universiti yang tidak mempunya Kesatuan dan Persatuan diwujudkan dengan kadar segera.

2. PEMANTAPAN URUS TADBIR YANG BAIK DARIPADA PERINGKAT ATASAN HINGGA BAWAHAN

Penglibatan Kesatuan/Persatuan
-Penglibatan bersama dan bersifat perundingan kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan

-Aktifkan MBJ (pekeliling) vs JK Kebajikan Pekerja (AUKU)

-Fokus pembentukan kerja – latihan
Penglibatan kesatuan/persatuan dalam membuat keputusan

Tadbir Urus Yang Mantap

Hayati visi & misi IPTA masing-masing


Seragamkan struktur gorvernance semua IPTA
(struktur, budaya,dasar serta tatacara berurusan dengan pelangan)
-Selaraskan Universiti ikut SETARA
-Kekalkan identity berdasarkan kuasa autonomi yang diberikan

3. KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi Dalaman Diri (Intrapersonal),
Komunikasi Antara Perseorangan (Interpersonal),
Komunikasi Kumpulan Kecil,
Komunikasi Silang Budaya,
Komunikasi Keorganisasian,
Komunikasi Publik,
Komunikasi Massa

Membudaya kerja cemerlang
Meningkatkan program latihan kepada kakitangan melalui pembinaan modul khusus dalam membina sifat murni yang sesuai.

3. SISTEM PENYAMPAIAN YANG CEKAP DAN BERKUALITI

Membina sekitaran kerja yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi yang dapat meningkatkan sistem penyampaian yang berkualiti

Nilai kepimpinan
Menjadi Jambatan antara kakitangan dengan pihak pengurusan IPTA.
Berilmu dan sikap terbuka.
Ada jaringan sosial yang meluas.
Ada integriti, berwawasan dan kredibiliti.

4. KEKUATAN SATU SUARA

Kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan kerap bertemu

Gabungkan Kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan menjadi satu medan bersuara dan menjadi satu

Seragamkan nama Kesatuan/persatuan dalam semua IPTA

penubuhan institut latihan kepimpinan kesatuan IPTA untuk melahirkan pemimpin

5. KEBAJIKAN

Naik taraf kemudahan perubatan dgn standardkan semua IPTA

Insentif
Staf 3 tahun cemerlang pergi umrah

6. KENAIKAN PANGKAT IKUT TIMEBASE TANPA KUOTA UNTUK SEMUA JAWATAN.

7. KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN LEBIH BAIK DI HOSPITAL SWASTA UNTUK KAKITANGAN IPTA.

8. WUJUDKAN SKIM PERKHIDMATAN SENDIRI



gambar penutup sila klik : http://www.flickr.com/photos/juruteknologis

Pembentangan Kertas Kerja

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan bermula dengan pendaftaran peserta dan pembentang seawall pukul 7.00 pagi.

Encik Zoharí Said, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan pembentang kertas kerja pertama dengan pembentangan bertajuk ”Pemantapan Sistem Pengurusan Sumber Manusia di Institut Pengajian Tinggi”.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Hussain Mohd Yasin, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya.

Y Bhg Prof Datuk Dr Mohd Faiz Abd Hamid, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia telah membentangkan kertas verja bertajuk “Senergi Pendekatan Pengurusan Universiti Bersama Kesatuan / Persatuan Universiti.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Ruin Yahya, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Sains Islam Malaysia.

Y Bhg Prof Dr Raduan Che Rose, Penasihat Kepada Menteri Pengajian Tinggi telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Memperkukuhkan Sistem pengurusan dan Penyampaian.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Zulkefli, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, UiTM.

Y Bhg Prof Madya Dr Zarina Hambali, daripada Jabatan Pengajian Tinggi KPIM, membentangkan kertas kerja bertajuk “ Transfomasi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Zailani Abd Razak, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Putra Malaysia.

Pada sesi petang pula, Encik Wan Azman Wan Omar, Pendaftar Universiti Putra Malaysia telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Pemantapan Urus Tadbir Yang Baik Daripada Peringkat Atasan hingga Bawahan.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Ramli Bujang, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Malaysia Sarawak.

Tuan Haji Omar Haji Osman, Presiden CUEPACS pula telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kepimpinan Kesatuan / Pesatuan Di Institut Pengajian Tinggi.

Sesi pembentangan telah dipergerusikan oleh Puan Zaiton Toman, Penolong Setiausaha Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada sesi Pembentangan 1 telah dibentangkan oleh YM Ku Hasnan Ku Halim dan telah dipengerusi oleh Encik Jamal Nasir Abdul Wahab, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UTeM.

Pembentangan 2 oleh Puan Siti Sarawati Sohar daripada UTHM dan telah dipengerusikan oleh Encik Faizal Naim, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UTHM.

Pembentangan 3 merupakan pembentangan terakhir pada hari ini telah dibentangkan oleh Prof Madya Dr Raja Rosean Raja Abd Rahim, Presiden Persatuan Pegawai Akademik UTeM dan Encik Amat Jutrah Haji Musnih telah menjadi pengerusi sesi. Beliau merupakan Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah.

Monday, October 26, 2009

Perasmian Persidangan


Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis perasmian telah diadakan pada 25hb Oktober 2009 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut juga telah berlangsung perlancaran logo rasmi GAKUM (Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia/IPTA).
Didalam ucapan perasmian YB Dato’ Seri mengucapkan tahniah diatas persidangan yang julung-julung kali diadakan oleh GAKUM dengan kerjasama AKEPT serta Kementerian Pengajian Tinggi atas inisiatif untuk menjayakan Persidangan Kebangsaan ini. Kesedian semua pihak dalam memastikan kejayaan pengajuran persidangan ini dengan melibatkan pihak Akademik, Pentadbir, Kumpulan Sokongan dari Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu majlis yang amat bermakna bagi Kementerian. Ini merupakan satu perhimpunan yang bersejarah kerana semua warga Kementerian Pengajian Tinggi dapat berkampung untuk merealisasikan hasrat Kementerian bagi mewujudkan Satu Malaysia seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berharap agar Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan ini dapat dilihat sebagai satu usaha kumpulan sokongan yang amat bermakna sekali dalam menyatukan semua pihak warga Kementerian Pengajian Tinggi bagi menterjemah hasrat Kementerian untu meningkatkan kualiti pengajian tinggi. Dalam kepimpinan perlu ada hubungan dua hala antara satu sama lain baik pihak atasan dengan bawahan atau bawahan dengan pihak atasan.

Dengan adanya hubungan baik ini maka sesebuah institut itu akan bergerak seiring dan mencapai kejayaan serta memantapkan tadbir urus dan sistem penyampaian agar melahirkan kakitangan yang berintegriti.

Beliau juga berharap agar para akademik, pentadbir dan staf sokongan dapat menyumbang idea, bertukar pendapat dan kepakaran masing-masing dalam mengangkat martabat Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjulan kualiti pengajian Tinggi.

Monday, October 19, 2009

Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan - Mesyuarat Terakhir

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang terakhir telah diadakan di Bilik Senat, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia pada 19hb Oktober 2009 telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Omar Osman, Pengerusi GAKUM selaku Presiden CUEPACS. Turut hadir, Encik Husin Bin Mohd Yassin, Timbalan Pengerusi GAKUM selaku Timbalan Presiden CUEPACS.

Laporan terkini telah dibentangkan oleh YM Ku Azmi Bin Ku Ibrahim, pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Persidangan. Laporan berkaitan jumlah penyertaan yang telah diterima daripada semua IPTA.

http://www.flickr.com/photos/juruteknologis/

Friday, October 9, 2009

Thursday, October 8, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Maklumat Persidangan

Borang Pendaftaran Persidangan
Gelaran (Tandakan √ pada yang berkenaan)

(Tan Sri, Dato’, Prof., Dr., Mr., Mrs., Miss)

Nama:
………………………………………….

Organisasi/Institusi/:
…………………………………………

Alamat Pos :
…………………………………………
…………………………………………

Telefon/ Faks :
………………………………………….

E-mel :
………………………………………….

Cara Pembayaran secara tunai atau cek di atas nama GAKUM


Sila isi dan kirimkan borang pendaftaran bersama-sama dengan bayaran kepada urusetia di alamat seperti yang berikut:

Urusetia Persidangan Kebangsaan
d/a Institut Peradaban Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
gakumipta@yahoo.com.my
http://pkpk.blogspot.com

05-4584142, 05-450 5496, 0134394154
Faks 05- 4595314

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan

Tema:
Transformasi Kepimpinan Menjulang Kualiti Pengajian Tinggi

Perasmian Oleh:

Y.B. DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
Menteri Pengajian Tinggi


Anjuran

Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM)

Dengan Kerjasama

Akademi Kepimpinan Tinggi Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


25 -27 Oktober 2009
Grand Season Kuala Lumpur


PENDAHULUAN

Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) dan Akademi Kepimpinan Tinggi Malaysia (AKEPT) julung-julung kali bekerjasama untuk mengadakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan.

Tema “Transformasi Kepimpinan Menjulang Kualiti Pengajian Tinggi” Tema ini dirasakan sangat relevan pada masa kini selaras dengan hasrat dan visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi melahirkan kepimpinan yang membawa pendekatan baru untuk melahirkan sebuah generasi yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan awam. Tema ini dicadangkan agar ianya meliputi keseluruhan proses dalam menghasilkan kepimpinann yang meliputi cara perlaksanaan, pembetukan amalan transformasi ciri-ciri dan kesan dalam profesion seperti pendidikan, penulisan, penyelidikan, sains, perniagaan, perundangan, pentadbiran dan pengurusan bagi menjamin generasi gemilang diperingkat IPTA amnya dan Kementerian Pengajian Tinggi Khasnya.


PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan kakitangan. Kumpulan Akademik, kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan I dan II.

YURAN PENYERTAAN

Pakej bayaran persidangan 3 hari 2 malam termasuk makan minun dan penginapan adalah sebanyak

RM380.00 seorang penginapan secara twin sharing
RM 500.00 seorang dan penginapan secara single.


Caj akan turut dikenakan kepada peserta sekiranya menarik diri seminggu sebelum tarikh persidangan. Bayaran hendaklah di hantar selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh persidangan.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Oktober 2009.

TENTATIF ATURCARA

25 Oktober 2009

2.00 -6. 00 ptg : Pendaftaran Penginapan

8.00 mlm Perasmian Persidangan / Jamuan Makan Malam


26 Oktober 2009

7.30 pagi Pendaftaran Peserta

8.15 pagi Pembentangan Key Note Speaker I

9.15 pagi Pembentangan Key Note Speaker II

10.15 pagi Kudapan pagi

10.45 pagi Pembentangan Key Note Speaker III

11.45 pagi Pembentangan IV

12.45 t/hari Makan Tengah hari/ rehat/ solat

2.00 petang Pembentangan V

2.45 petang Pembentangan VI

3.30 petang Pembentangan VII

4.30 petang Pembentangan VIII

5.00 petang Kudapan petang

27 Oktober 2009

8.00 pagi Bengkel 1

10.00 pagi Kudapan pagi

10.15 pagi Bengkel 2

11.30 pagi Resolusi Persidangan

12.00 t/hari Majlis Perasmian Penutup

1.00 t/hari Makan tengah hari/
Checkout.

Wednesday, October 7, 2009

Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan - Mesyuarat di AKEPT

Mesyuarat Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Setiausaha, Aras 6, Blok E3, Parcel E, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YM Ku Azmi Ku Ibrahim. Turut hadir Tuan Haji Omar Osman, Pengerusi Gakum selaku Presiden CUEPACS dan semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelaksana.